Wednesday, January 03, 2007

Hari Raya Haji

(Ying Jie dan Jasmin sedang makan dan minum)

Pada 31hb Disember, Jasmine, Ying Jie dan beberapa lagi pelajar MSP3 telah pergi ke Masijd Darussalam untuk melihat upacara korban. Upacara korban diadakan sempena Hari Raya Haji. Ying Jie dan Jasmine, jika kamu membaca blog ini, tolong ceritakan pengalaman kamu k.
(Kambing-kambing)

Thursday, October 12, 2006

KELAS MSP BERMULA PADA 16hb Oktober..

Hi semua,

Sila hadir(present) untuk kelas msp pada hari Isnin, 16hb Oktober. Kelas akan bermula pada pukul 3.00 petang.
Sila bawa buku dan fail kamu.

Terima kasih.

Wednesday, September 27, 2006

Berita yang sangat penting. Sila baca! :)

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Oleh kerana peperiksaan akhir tahun IP akan bermula, kelas msp 4 tidak akan diadakan dari 2 Oktober sehingga 15 Oktober. Kelas msp 4 hanya akan diadakan semula pada tarikh 16 Oktober.

Bagamanapun, Ai Lin dan Sara tetap akan menghadiri kelas (4, 9 dan 11 Oktober). Cikgu akan mengadakan kelas msp4 lebih awal untuk mereka berdua iaitu pada pukul 2.30 petang. Jika pelajar-pelajar IP yang lain ingin mengikuti kelas ini juga, sila beritahu cikgu.

Semoga berjaya!

Karangan (Bahagian B)

Again, just to remind all. Sila selesaikan karangan (Bahagian B) selewat-lewatnya hari Jumaat, 29 hb September.
For those who may have misplaced your worksheet, please take note of the questions below.

Arahan: Pilih satu daripada dua soalan di bawah ini. Kamu hendaklah menulis karangan sekurang-kurangnya 200 perkataan. Gunakan soalan panduan bagi setiap soalan untuk membantu kamu menulis. Tulis soalan yang kamu pilih di kertas tulis.

Soalan 1: Sahabat karib kamu sedang mengalami stres. Dia semakin kurus dan kurang berselera untuk makan atau minum. Dia juga lebih banyak diam daripada berbual-bual dengan kamu. Bagaimanakah kamu dapat menolongnya?
- Apakah sebab kawan karib kamu stres?
- Adakah keputusan peperiksaannya merosot?
- Siapakah selain kamu yang dapat membantunya?

Saoalan 2: Sepupu kamu dari Australia datang ke Singapura. Bagaimankah kamu dapat membantu menjadikan percutian seminggunya di Singapura pengalaman yang menarik dan menyeronokkan?
- Apakah hobi sepupu kamu?
- Apakah aktiviti-aktiviti masa lapang yang dapat kamu lakukan bersama?
- Di manakah tempat-tempat yang boleh kamu bawa sepupu kamu?

Thursday, September 14, 2006

MSP 4, Ini contoh format 'Surat kiriman tidak rasmi'

Nur'Hanim Bte Mohamad
4 Jalan Kayu
Singapura 290456

19 hb September 2006

Menemui sahabatku, Saudari Mira
Dengan selamatnya

Saudari

Semasa saya menulis surat ini, saya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Bagaimanakah keadaan saudari dan keluarga? Saya berharap saudari sekeluarga berada dalam keadaan yang sama.

..
...
....
.....
......
......
.......
........

Saudari, setakat ini dahulu surat saya pada kali ini. Sehingga kita bertemu lagi. Sambutlah salam daripada saya dan keluarga.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Nur'Hanim

Wednesday, September 06, 2006

Kelas Tambahan

Apa khabar semua?

Pada hari Sabtu ini,9hb September, cikgu mahu mengadakan kelas tambahan pada pukul 9 hingga 10.30 pagi. Sila sms cikgu atau jawab melalui blog ini jika kamu dapat hadir.

Terima kasih. :)

Monday, August 21, 2006

Berikan komen kamu - 'Benda yang hilang'

Hai semua.

Kita semua mungkin pernah kehilangan benda. Cuba ceritakan pengalaman kamu ketika kehilangan sesuatu yang berharga.

Monday, August 14, 2006

tagboard

Hi ppl the tagboard is up already. its right below [and will be that way unless anyone has any nice idea for blogskin] so just scroll straight down. yupp (: